Write For Us

MGPerak: DSP Dituduh Bunuh Pelajar: Mahkamah Tetap 30 Hari Perbicaraan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan bagi kes pertuduhan seorang pegawai kanan polis membunuh seorang pelajar Tingkatan 5 pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh perbicaraan berlangsung bermula 4 November tahun ini sehingga 17 Januari 2024.

Pecahan tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.

Hakim turut menetapkan tarikh 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta semua pihak diminta menyerahkan afidavit masing-masing.

Terdahulu, tertuduh yang juga pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP), Mohd Nazri Abdul Razak, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment