Write For Us

MGPerak Graduan UPSI Terima Berita Kematian Bapa Sehari Sebelum Konvokesyen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
17 Views
Published
TANJUNG MALIM - Hasrat seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dekat sini mahu menghadiahkan bapanya segulung ijazah tidak kesampaian apabila menerima perkhabaran pemergian insan tercintanya itu sehari sebelum Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-25 berlangsung.

Juline Ualana, 24, berkata perkhabaran duka itu diterima dari ahli keluarganya sebaik sahaja dia bersama emak, Randisah Malonggin, 60, dan abangnya, Julian Ualana, 27, baru sahaja tiba di Tanjung Malim dari Ranau, Sabah, pada Selasa.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak itu berkata, sukar untuk dia menggambarkan perasaannya sehingga kini selain menyifatkan berita pemergian bapanya itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Juline berkata, bapanya yang menghidap barah hidung tahap empat sejak tahun 2018 itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sekitar jam 3.30 petang. - MGPerak

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment