Write For Us

MGPerak : Jangan Menangguk Di Air Keruh, 80 Peratus KIR Miskin Tegar Di Perak Berjaya Keluar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
TAIPING - Kerajaan Negeri Perak berjaya membawa keluar lebih daripada 80 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin tegar setakat ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, angka itu diperoleh berdasarkan kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Menoktahkan Kemiskinan Negeri yang berlangsung minggu lalu.

Katanya, menurut data pemutihan dan pasukan petugas khas di semua daerah, daripada 3,261 KIR miskin tegar pada bulan lalu, ia kini menurun kepada 971 KIR setakat ini.

Menurut beliau, ia adalah hasil berterusan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan hasrat kerajaan negeri menoktahkan kadar kemiskinan tegar menjadi realiti.

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment