Write For Us

MGPerak: Kami Cuba Berdamai Dengan Takdir - Keluarga Arwah Zaharif Affendi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
IPOH - Keluarga arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas dilanggar oleh seorang pegawai polis di berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini pada Disember tahun lalu sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa

Abang arwah, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 30, berkata, mereka kini juga sudah semakin kuat dalam menerima ketentuan Ilahi itu.

Zarul Fitri berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menziarahi pusara Allahyarham Zaharif Affendi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Fair Park, dekat sini pada Rabu.

Turut bersamanya, Abdul Razak Judin, 49 dan peguam pemerhati yang dilantik keluarga, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.

Terdahulu, mereka turut menghadiri ke Mahkamah Majistret Ipoh selepas Majistret, S Punitha membenarkan kes disebut semula pada 21 Mac depan bagi serahan dokumen.

Set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut
Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) berhubung pembekalan dokumen kepada pembelaan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment