Write For Us

MGPerak Lebih 200 Hadir, Jenazah M Daud Kilau Selamat Dikebumi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
10 Views
Published
BAGAN DATUK – Jenazah penyanyi legenda tanah air, Datuk M Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, di sini, pada Selasa.

Lebih 200 dalam kalangan ahli keluarga,sahabat handai serta penduduk setempat hadir ketika jenazah selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah, penyanyi veteran Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk DJ Dave.

Terdahulu, jenazah pelantun lagu Cek Mek Molek itu disolatkan di Masjid Tuminah Hamidi, yang terletak kira-kira 6 kilometer (km) dari tanah perkuburan.

Kira-kira 400 orang jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Zulfadil Ismail.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu meninggal dunia sekitar jam 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham meninggal balu iaitu Datin Rohani Awang Ngah dan dua orang anak.

#malaysiagazetteperak #mgperak #mdaudkilau #rajagelekmeninggal #bagandatuk #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment