Write For Us

MGPerak : Lenggong Destinasi Baharu Sukan Permotoran Lasak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
2 Views
Published
Penganjuran Rimba Raid Lenggong 2024 menjadikan Lenggong bukan hanya dikenali Tapak Warisan Dunia UNESCO tetapi sebagai destinasi baharu sukan permotoran lasak yang berprestij.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keindahan dan keunikan bumi Lenggong yang saban tahun menjadi tumpuan dunia kini sekali lagi mencipta sejarah apabila dipilih menjadi lokasi edisi kesembilan Rimba Raid.

Menurut beliau dengan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lenggong kini diangkat sebagai pentas sukan bertaraf dunia, membuka peluang lebih luas untuk memperkenalkan pelbagai tarikan luar biasa yang terdapat di sini. - MGPerak


#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment