Write For Us

MGPerak: MAIWP Ambil Langkah Perlu, Elak Insiden Seleweng Zakat Berlaku

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
KAMPAR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melakukan pemantauan rapi bagi memastikan insiden penyelewengan wang kutipan zakat tidak berlaku di bawah institusi mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzi Abidin berkata, antara langkah yang diambil pihaknya adalah tidak melantik terlalu ramai ejen zakat, sebaliknya urusan kutipan zakat diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP.

Katanya, sebuah jawatankuasa audit dan pemantauan oleh Lembaga MAIWP sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan segala urusan kutipan wang zakat oleh badan tersebut bebas daripada sebarang unsur yang meragukan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment