Write For Us

MGPerak : Pak Wee Gemar 'Melabun' Loghat Perak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
24 Views
Published
BATU GAJAH - ‘Oh kome, deghoyan dah berbunge, Moh kite minang anok dare’

Itu bait-bait lirik nyanyian pelawak popular, Allahyarham Mr Os yang sering menjadi siulan kebanyakannya masyarakat tempatan di sini dek kerana keunikan loghat Negeri Perak yang ditonjolkan.

Namun, walau berbeza warna kulit, ia tidak menghalang pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Wee Fook Seong atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Wee’ untuk bukan sahaja meminati lagu berkenaan, malah turut menguasai Bahasa Melayu loghat Perak dengan baik.

Selain berkongsi tentang tips berkenaan penjagaan kereta, telatah Fook Seong, 34, yang mengajar isterinya, Goh Zhi Xuan, 27, untuk berbahasa Loghat Perak menerusi rakaman video pendek turut menarik perhatian warga maya sehingga dia berjaya memperoleh lebih 350,000 pengikut pada laman Tik Tok.

#malaysiagazetteperak #mgperak #pakwee #loghatperak #feldalasah
#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment