IPOH - Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, atau dikenali sebagai Padang Polo merupakan antara lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan.
Namun, lambakan penjaja di kawasan lot-lot parkir di situ menimbulkan sedikit keresahan kepada penduduk setempat dan pengunjung apabila mereka semakin sukar untuk menempatkan kenderaan apabila ke situ.
Rentetan itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil jalan penyelesaian menang-menang dengan menempatkan kesemua penjaja ke sebuah lokasi baharu yang berhampiran dengan taman rekreasi berkenaan dikenali sebagai Saji Sejahtera@Polo.
Tinjauan MG Perak di lokasi mendapati lot parkir yang sebelum ini menjadi tempat penjaja berniaga sudah diletakkan garisan MBI dengan dilekatkan notis larangan menjaja.
Pengunjung yang ditemui berkata ia memberi kelegaan selepas mereka kini tidak lagi berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas serta kekurangan parkir.
#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv

- Category
- Berita - News
- Tags
- malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment