Write For Us

MGPerak Perak Terima Pelaburan RM2 Bilion Melalui MB INC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
BAGAN DATUK - Kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) menerima pelaburan bernilai RM2 bilion melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Younchang Engineering and Construction (M) Sdn. Bhd. dan Chin Hin Group Berhad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, MoU bagi projek Pusat Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk itu bukan sahaja melibatkan projek berimpak tinggi malah dijangka bakal menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di Bagan Datuk.

Menurut Saarani, kerjasama ini merupakan salah satu langkah terbaik Kerajaan Negeri melalui MB Inc. dalam memperkasakan agenda sekuriti makanan dengan memajukan satu pusat industri perikanan bertaraf global di Bagan Datuk. - MGPerak

#malaysiagazette #mgnews #malaysiagazetteperak #mgperak
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment