IPOH – Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memperdaya seorang ahli perniagaan dengan mendorong beliau menyerahkan wang bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan yang tidak wujud 12 tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Zainuddin Bontak, 65, mengaku bersalah sebaik sahaja mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ahmad Kamar Jamaludin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang pada ketika itu Pembantu Awam H11 cawangan mekanikal JKR Ipoh didakwa telah memperdaya seorang ahli perniagaan berusia, 52, dengan mendorong beliau untuk menyerahkan wang sebanyak RM30,000 bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir sedangkan tiada permohonan permit kerja bahan batuan pasir dilakukan tertuduh. - MGPerak
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv

- Category
- Berita - News
- Tags
- malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment