Write For Us

MGPerak: Polis Perak Terima RM40 Juta Tambah Baik Kuarters Dan Fasiliti PDRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
LENGGONG - Polis Kontinjen Perak menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan lebih RM40 juta bagi kerja-kerja penambahbaikkan kuarters dan pembaikan bangunan serta fasiliti pada tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM29.49 juta diterima pihaknya di bawah Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk tahun 2023 sehingga 2025.

Katanya, peruntukan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu disalurkan melalui dua skop kerja iaitu secara terus kepada kontinjen negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelas beliau, daripada jumlah itu pula, sebanyak RM25.26juta diperuntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan kuarters polis di seluruh negeri. -MGPerak

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment