Write For Us

MGPerak : Tiada Istilah Pemuda UMNO Bukit Gantang ‘Lumpuh’ – Saarani

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Tiada istilah Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang ‘lumpuh’ seperti yang didakwa berikutan berlakunya peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa sayap itu.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO Bahagian Bukit Gantang sudah membuat laporan berhubungan perkara itu kepada Setiausaha Agung UMNO mengikut prosedur parti.

Menurutnya, semua pihak berkaitan kini perlu menunggu surat arahan daripada Setiausaha Agung UMNO supaya mesyuarat perwakilan diadakan bertujuan untuk pemilihan semula. - MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment