Write For Us

MIC tawar khidmat guaman percuma mangsa terlibat rusuhan kuil

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
MIC hari ini mengumumkan bantuan guaman percuma kepada semua mangsa yang terlibat dalam rusuhan kaum di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya sepanjang dua hari lepas.
Timbalan Presidennya M Saravanan berkata bantuan itu adalah bagi meringankan beban mangsa yang terkesan dengan rusuhan yang dipercayai melibatkan kumpulan upahan oleh peguam kepada syarikat pemaju.
Beliau berkata dalam satu sidang media bersama barisan peguam di parlimen hari ini.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media tidak menolak kemungkinan penglibatan kira-kira 50 lelaki Melayu yang merusuh dengan penganut kuil itu adalah diupah daripada pihak peguam pemaju.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment