Write For Us

'Minta maaf sangat-sangat' - Asri Janggut mohon maaf kenyataan 'polis dan tentera tak solat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri yang tular baru-baru ini memohon maaf atas kenyataannya yang mengatakan kebanyakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat.

Semalam, satu klip video sepanjang kira-kira 31 saat memaparkan Asri - semasa mengadakan sidang media - mendakwa kebanyakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat masing-masing.

Dakwaan tersebut mula tular dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial serta menerima kecaman netizen.

Peniaga burger yang bernama penuh Mohd Asri Hamid sebelum ini menarik perhatian ramai apabila membuat pendedahan mengenai kegiatan perjudian tanpa lesen dan penjualan rokok seludup yang tidak dikenakan tindakan di sekita Bandar Baru Sungai Buloh.

Sumber video: https://www.facebook.com/ppim.official/videos/332445544799252
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment