Write For Us

Mira minta Dr M bawa Anwar masuk kabinet

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad merombak kabinet supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibawa masuk sekali gus mengatasi isu kabinet yang dianggap lesu.
Memetik Malaysiakini, Setiausaha Agung Mira, R Kannan, berkata dengan adanya Anwar dalam kabinet Dr Mahathir, presiden PKR itu boleh diberikan peranan khusus membantu kerajaan.
Kenyataan itu dibuat ketika Pakatan Harapan mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam pilihan raya kecil selepas PRU ke-14.
Pada Sabtu lalu PH gagal mempertahankan kerusi DUN Semenyih apabila ia dirampas semula oleh BN - yang disokong PAS - dengan kelebihan hampir 2,000 undi.
Bagaimanapun untuk rekod sejak mengambil alih Putrajaya daripada BN pada 9 Mei 2018, PH sudah memenangi empat PRK sebelum Cameron Highlands dan Semenyih, iaitu untuk kerusi DUN Seri Setia, Sungai Kandis dan Balakong, serta kerusi parlimen Port Dickson.
Kata Kannan, dengan membawa Anwar menyertai kabinet juga Mahathir berpeluang membuktikan bahawa beliau masih berpegang kepada perjanjian mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum PRU tahun lalu.
Mira sebagai rakan strategik Pakatan Harapan turut mendakwa terdapat beberapa menteri ketika ini dilihat tidak cukup berkemampuan menjalankan tugas yang diberikan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment