Write For Us

'Miranda Kerr wajar pulang barang kemas pada Jho Low, bukan DOJ'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Tidak menjadi kesalahan jika model kelahiran Australia, Miranda Kerr mahu 'memulang'kan set barang kemas berlian yang diberikan oleh ahli perniagaan Malaysia, Jho Low kepadanya.
Dalam satu kenyataan, Panel Penasihat JASA, Tun Faisal Ismail Aziz, bagaimanapun mempersoalkan kenapa perlu menyerahkan set barang kemas itu kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Ini kerana, katanya, belum terbukti barang kemas tersebut dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB atau hasil dari kegiatan jenayah atau penggubahan wang haram.
Tun Faisal juga mempersoalkan DOJ belum mendapat hak untuk mengambil alih aset itu malah mencadangkan lebih wajar model itu menyimpan dahulu barangan kemas tersebut atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah.
Dalam pada itu, Tun Faisal mempersoalkan kewajaran desakan agar isteri MO1 memulangkan set barangan kemas yang didakwa diterimanya.
Katanya, ini kerana tiada sebarang bukti isteri MO1 menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa oleh DOJ, berbeza dengan Miranda Kerr yang memang terbukti menerima pemberian Jho Low tersebut dan dinamakan secara jelas dalam saman sivil DOJ.
Jelasnya, barangan kemas yang didakwa diterima oleh isteri MO1 hanya sekadar cerita dalam aduan pengadu, tiada bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa dicuri, tiada bukti ia diserahkan kepada isteri MO1 dan tiada bukti kesemua set barangan kemas ini disimpan oleh isteri MO1. Ia juga tidak disenaraikan sebagai aset yang hendak diambil alih oleh DOJ.
Justeru, apabila Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, soal Tun Faisal, adakah Miranda Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri?
Dalam saman sivil DOJ, dana yang didakwa diselewengkan untuk membeli barangan kemas tersebut secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment