Write For Us

Misbun kembali ke pangkuan BAM

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
153 Views
Published
Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.
"Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei.
"Misbun telah bersetuju secara dasar tentang pelantikan beliau. Saya menghubungi beliau sebelum mesyuarat C&T, dan kita bersetuju bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki," katanya kepada pemberita.
Mohamad Norza berkata Misbun akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England.
Namun, Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas 'sebab peribadi'.
Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata di bawah strategi prestasi BAM 2017 hingga 2020, Misbun akan membimbing kesemua pemain perseorangan lelaki termasuk Chong Wei, dan akan dibantu Hendrawan, Indra Widjaja dan Sairul Amar Ayob.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment