Write For Us

Modul 10 minit perhimpunan tidak diwajibkan di sekolah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Kementerian Pendidikan tidak pernah mewajibkan mana-mana sekolah untuk melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP), kata menterinya Dr Maszlee Malik.
Bagaimanapun, beliau berkata pengetua sekolah dan guru besar digalak menggunakan kreativiti mengikut konteks sekolah dalam melaksanakan aktiviti di sekolah masing-masing.
“Modul ini diperkenalkan oleh Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas (IPG KIK) sebagai antara inovasi yang dirancang bagi membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan penerapan nilai. Sehingga kini, lebih 260 sekolah telah mengamal dan melaksanakan modul ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang mahu kementerian menyatakan keberkesanan M10MP dalam menerapkan nilai pendidikan komprehensif kepada pelajar menerusi penekanan Pembelajaran Abad ke -21.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment