Write For Us

MOF akan ambil alih pejabat 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Kementerian Kewangan akan mengambil alih pejabat 1MDB, kata menterinya Lim Guan Eng.
Keputusan itu dibuat selepas beliau menghadiri taklimat bersama pegawai-pegawai kanan 1MDB.
“Kini tiba masanya kita ambil alih pejabat 1MDB dan kita telah mengarahkan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan untuk mengambil alih bangunan itu sebagai pemegang saham dan penasihat undang-undang setuju, dan dia serahkan kunci untuk pengambilalihan.
“Kita harap semua dokumen masih berada pada tempatnya,” kata Lim kepada pemberita di lobi Kementerian Kewangan selepas taklimat itu semalam.
Lim sebelum itu bertemu dua pengarah 1MDB Norazman Ayob and Kamal Mohd Ali.
Menurut Lim, mereka berdua bersetuju membekalkan kesemua dokumen-dokumen kepada kementerian, termasuk surat yang dikeluarkan oleh bekas menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment