Write For Us

MP beri alasan ahli keluarga berisiko diperas ugut atau diculik, jika isytihar harta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Ahli Parlimen yang masih enggan mengisytiharkan harta mereka pada 5 Disember ini boleh dianggap menghina Dewan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata di bawah Perintah Parlimen, Ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan.
“Sudah cukup notis diberi kepada mereka dan mereka masih enggan memfailkan pengisytiharan harta mereka. Maka pihak Speaker (Dewan Rakyat) dapat mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada National Stakeholders Consultation on the Right to Information Legislation, di sini hari ini.
Dilaporkan tidak seorang pun Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta mereka, manakala semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sudah membuat pengisytiharan.
Tarikh akhir pertama untuk pengisytiharan harta ialah 1 Oktober dan kemudian dilanjutkan pada 5 Disember ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment