Write For Us

MP DAP kena 'halau' lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Seorang ahli Parlimen DAP diarah keluar dewan kerana ingkar mendengar arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said supaya tidak membangkitkan Peraturan Mesyuarat.
Lim Lip Eng bangun mengadu bahawa balasan surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat usul tergempar mengenai hutang 1MDB kepada IPIC, ditolak.
Ismail menegur Lim berkali-kali supaya duduk namun tidak diendahkan.
Kemudian, Ismail mengarahkan bentara Parlimen agar mengiringi Lim supaya keluar dewan.
- Enggan dengar arahan, MP Stampin kena halau
Pada 25 Julai lalu, anggota Parlimen DAP-Stampin, Julian Tan Kok Ping diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat apabila beliau berkeras bahawa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa terdapat vaksin anti-rabies yang mencukupi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment