Write For Us

MP Kuantan dakwa wujud kesilapan daftar pemilih di kawasannya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa terdapat pengundi-pengundi dari kediaman yang sama didaftarkan di lokaliti, DUN, dan kawasan parlimen yang berbeza sama sekali.
Katanya, bukti-bukti yang menunjukkan kesilapan daftar pemilih di kawasan parlimennya, contohnya pengundi-pengundi yang menghuni satu kediaman yang sama di Jalan Beserah telah didaftarkan di DUN Beserah dan DUN Teruntum, walaupun mereka merupakan DUN yang berbeza.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Kata Fauziah, apabila dipersoalkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa maklumat pengundi dimasukkan ke dalam sistem daftar pemilih secara manual tanpa sebarang pautan pintar atau GPS untuk memadankan pengundi kepada sempadan/DUN yang betul di mana perkara ini secara langsung melemahkan daftar pemilih.
Dalam pada itu, BERSIH 2.0 kesal kerana masih wujudnya keraguan dalam status pengundi di dalam daftar pemilih walaupun SPR berulang-kali mendakwa bahawa mereka telah membetulkan daftar pemilih.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata ketidakcekapan SPR cuma mengundang lebih kesangsian terhadap kesahihan dan keadilan cadangan persempadanan semula.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment