Write For Us

MP Pembangkang 'gasak' Speaker dewan rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Ahli Parlimen Pembangkang mempersoalkan kewajaran Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivaraajh untuk keluar dewan rakyat.
Antaranya ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang bangun memberi hujah bahawa ahli parlimen akan hilang kelayakan dari 14 hari tempoh disabitkan dan dihukum.
Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mempersoalkan sama ada speaker sudah mendapat surat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan bahawa kerusi parlimen Cameron Highlands sudah dikosongkan atau tidak.
Namun keadaan tenang apabila speaker memberi jaminan akan membuat ruling dalam masa yang terdekat.
Sebelum itu Mohamad Ariff mengarahkan Sivaraajh keluar dewan dan mendapatkan nasihat peguam berhubung kedudukannya sebagai ahli parlimen selepas mahkamah mengisytiharkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) umum yang lalu terbatal.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Sivaraajh yang juga adalah naib presiden MIC.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment