Write For Us

MP pembangkang, media dilarang berada di lobi Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Beberapa ahli parlimen pembangkang dan sekumpulan pengamal media diminta untuk beredar dari lobi Parlimen oleh pengawal keselamatan susulan keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkuat kuasa serta merta.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah mendakwa ini adalah satu cubaan untuk menghadkan kebolehan media membuat liputan di Parlimen.
Jelasnya, ini adalah salah guna kuasa oleh kerajaan menyekat suara kebebasan media.
Turut hadir, Ahli Parlimen DAP-Raub Datuk Ariff Sabri dan Ahli Parlimen PKR-Lumut Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.
Terdahulu, Pandikar meminta pengamal media hanya dibenarkan berada di pusat media yang telah disediakan berikutan rungutan yang diterima anggota Parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.
Sehubungan itu, saya membuat ketetapan bahawa wakil media massa yang hadir di Parlimen hendaklah membuat liputan sesi persidangan Dewan Rakyat atau sidang media anggota Parlimen hanya di pusat media. Berkuat kuasa serta merta," katanya sejurus selepas sesi soal jawab lisan tamat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pandikar Amin berkata Peraturan 94, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memberikan kebenaran kepada wakil media massa untuk membuat liputan di Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment