Write For Us

MP PN persoal ucapan Anwar, MP DAP petik '1 undi PN 1 undi untuk Islam'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Ahli Parlimen Tasek gelugor Wan Saiful Wan Jan mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang dikatakan seolah-olah mahu mencetuskan ketegangan kaum apabila mengucapkan perkataan seperti 'jika silap undi akan jadi Kedah'.

Susulan itu, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham turut mengetengahkan siri kenyataan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berhubung isu sama, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dalam kalangan Ahli Parlimen.

Namun, Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) meminta supaya retorik itu dihentikan, bermula dari Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor kemudian mengarahkan semua Ahli Parlimen berhenti memanjangkan isu berkenaan.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=BA8V5L4EpHE
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment