Write For Us

MP PN tampil dakwa 'dipancing' berpaling tadah sokong Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Dua ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa telah dihubungi pihak tertentu - yang tidak dapat disahkan kesahihan identitinya oleh Malaysiakini -meminta mereka berpaling tadah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh membuat dakwaan tersebut pada sidang media yang disertai pemimpin PN hari ini.

Ku Abd Rahman berkata dirinya telah dihubungi seseorang menerusi pesanan aplikasi WhatsApp yang menawarkan untuk membuat projek pembinaan hotel di kawasannya.

Che Mohamad pula berkata dia mendapat satu e-mail bahawa individu berkenaan bercadang untuk membina hotel 40 bilik di Parlimen Besut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment