Write For Us

MP sokong PM: 'Kita kecam dengan hebat' - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata parti itu mengecam sekeras-kerasnya Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata Lembaga Disiplin Bersatu akan menentukan tindakan ke atas dua ahli parlimen terbaru yang berbuat demikian.

Langkah memberikan sokongan kepada perdana menteri itu didahului Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid pada 11 Oktober, diikuti Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober.

Selepas itu pada 7 november lepas Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim pula menyatakan sokongan kepada Anwar disusuli kurang dari 24 jam kemudian seorang lagi ahli parlimen Bersatu dari Jeli Zahari Kechik turut mengambil langkah sama.

https://youtu.be/dIsURx1Et54
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment