Write For Us

MP: Speaker tak sekat kebebasan media

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Annuar Nasarah menafikan tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang pemberita melakukan tugas di ruang legar parlimen sebagai menyekat kebebasan media.
Sebaliknya, Shamsul berkata larangan tersebut dibuat atas bidang kuasa beliau sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Apa yang dilakukan speaker adalah bawah bidang kuasa beliau dan saya percaya ia bukan usaha untuk menyekat media kerana ruang tertentu mungkin sudah disediakan untuk membuat liputan," kata Shamsul dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Pandikar semalam mengenakan larangan itu dengan alasan bahawa pemberita mengganggu anggota-anggota parlimen dengan soalan-soalan yang tidak diingini dan 'berkelah' di lobi parlimen.
Petugas media hanya dibenarkan berada di bilik media untuk mengikuti persidangan secara langsung, atau membuat liputan sidang akhbar di kawasan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, tindakan tersebut dikecam oleh kumpulan media dan anggota parlimen pembangkang.
Terdahulu Shamsul yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen #BolehBincang kepada peminjamnya untuk menyelesaikan pembayaran balik mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment