Write For Us

MP Umno selesa kepimpinan sekarang, hasrat melompat dapat dihentikan - Tok Mat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Umno yakin kekalutan yang melanda parti itu berhubung isu lompat parti kembali reda selepas presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk "berehat".
Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau yakin anggota Parlimennya akan terus kekal bersama parti itu.
"Saya sudah berjumpa dengan anggota-anggota Parlimen (Umno), daripada percakapan kita mereka sudah berpuas hati dan reda (isu lompat).
"Mereka selesa dengan keputusan kepemimpinan sekarang," katanya ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, petang tadi.
Hadir sama, dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ahmad Zahid pada 18 Dis lalu mengumumkan keputusannya menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya berkuat kuasa serta merta.
Jelasnya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment