Write For Us

Muda cadang rombak sistem pendidikan, kuota berasaskan keperluan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Muda mencadangkan supaya sistem pendidikan di Malaysia dirombak menjadi sistem tadika hingga gred 12 (K-12) dengan peperiksaan kemasukan tunggal untuk kemasukan universiti.

Sistem pendidikan K-12 merujuk kepada struktur pendidikan komprehensif yang meliputi tadika hingga gred ke-12 di banyak negara, termasuk Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudiannya mengakui kebimbangan orang ramai mengenai sistem itu kerana ia mungkin bercanggah dengan kuota Bumiputera semasa di institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu beliau mengulangi saranan kepada kerajaan untuk menukar kuota sedia ada kepada kuota berasaskan keperluan yang akan memberi penekanan kepada latar belakang pelajar yang kurang bernasib baik berbanding berdasarkan bangsa atau agama mereka.

Sumber video: https://fb.watch/mf7_MQtszB/
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment