Write For Us

Mufti penutup segala kekhilafan, kata Asyraf

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Kata-kata mufti adalah penutup segala kekhilafan, ucap Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata apa saja yang diputuskan kumpulan ulama itu akan mengangkat segala perbezaan-perbezaan pandangan berkaitan agama di negara ini.
"Mereka ini dilantik oleh Sultan kerana dalam Perlembagaan, agama ini di bawah kuasa negeri dan di bawah kuasa sultan.
"Sebab itulah kata-kata mufti adalah kata-kata boleh menutup segala kekhilafan seperti dalam prinsip islam disebut 'apabila seseorang yang diberikan kuasa oleh pemerintah, memutuskan sesutu pandangan agama, maka dia mengangkat segala perbezaan-perbezaan pandangan di bawah," kata Asyraf dalam sidang media selepas merasmikan program Diskusi Sah Nikah Sah Nasab dan Pelancaran Buku Kompilasi Kes-kes Rundingan Cara Jawi di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas perbezaan pendapat antara ulama berhubung status anak tak sah taraf.
Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.
Keputusan itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment