Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa diturunkan dalam Ekspo Dunia 2015 di Milan, untuk mengelak pemimpin itu terus dikritik pengunjung dan memalukan negara.
Muhyiddin berkata ketika itu, beliau hadir bagi merasmikan ekspo tersebut sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata demikian dalam "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menafikan dakwaan Muhyiddin kononnya gambar Najib terpaksa diturunkan dalam ekspo tersebut, tidak berlaku seperti yang diperkatakan.
Dalam satu kenyataan, Matrade menyelar Muhyiddin kerana sanggup berbohong kepada umum mengenai ekspo itu.
“Semua pihak yang terlibat dalam Malaysia Pavilion sewaktu ekspo tersebut telah mengesahkan dakwaan Muhyiddin itu tidak berasas.
“Kami kesal dengan percubaannya untuk menjejaskan profesionalisme dan kecekapan pegawai yang terlibat dalam pengurusan ekspo tersebut,” kata kenyataan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment