Write For Us

Muhyiddin hubungi Maszlee untuk dapatkan penjelasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kontroversi terbaru yang terpalit dengan Maszlee berkenaan isu 1MDB dilapor akan dimasukkan dalam silibus pengajian Sejarah
Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau juga telah mendengar penjelasan dari mulut Mazlee sendiri mengenai apa yang berlaku di Dewan Rakyat, semalam.
“Sebagai rakan dan presiden saya dah hubungi beliau dan dia dah jelaskan bahawa kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada Ahmad Maslan punya soalan.
“Dia (Maszlee) nyatakan media telah mencedok (sebahagian sahaja kenyataannya) yang memberi gambaran seolah-olah dia buat kenyataan begitu (1MDB dimasukkan dalam silibus pengajian Sejarah).
“Dia dah buat pembetulan dan eloklah dia buat pembetulan,”katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Menteri Dalam Negeri bersama PDRM di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment