Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program Nothing To Hide 2.0 sepatutnya berjalan dengan lancar.
Namun, katanya, keadaan yang menjadi kelam kabut ekoran tindakan biadap dari beberapa peserta yang hadir.
Muhyiddin juga mahu pihak berkuasa menangkap 'real culprit' yang menimbulkan punca kekecohan.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M
Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.
Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment