Sebagai orang lama dalam kerajaan terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai nasihat buat anggota kabinet Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dianggap masih kurang berkesan melaksanakan tugasnya.
Kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, menteri yang baru boleh mendapatkan nasihat daripada orang lain.
Malah kata Muhyiddin, beliau sendiri boleh membantu mereka dari pelbagai aspek, termasuk nasihat.
"Saya sanggup bagi bantuan," katanya dalam temu bual bersama Malaysiakini dan Sinar Harian di Bukit Damansara hari ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, anggota kabinet yang belum memiliki pengalaman juga boleh cuba mendapatkan nasihat daripada perdana menteri sendiri.
Kata Muhyiddin keperluan membuat rujukan itu lebih perlu apabila ia melibatkan hal-hal yang penting.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment