Write For Us

Mukhriz sasar Aziz Kaprawi hina mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kenyataan media oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang disiarkan dalam Sinar Online tahun lalu, adalah berunsur komen politik dan tidak berniat untuk mengganggu perbicaraan kes di mahkamah.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mukhriz pula berhujah kenyataan yang dikeluarkan Ab Aziz mencampuri urusan mahkamah dan mengganggu prosiding perbicaraan.
Pada 18 Julai 2017, Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Ab Aziz untuk memulakan prosiding menghina mahkamah atas dakwaan menteri itu mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan dalam Sinar Online pada 15 Julai 2017 membabitkan perbicaraan saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Tengku Sarifuddin.
Dalam permohonan itu, Mukhriz mendakwa kenyataan itu dikeluarkan selepas Mukhriz dan bapanya selesai memberi keterangan pada 13 dan 14 Julai tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 15 Mac untuk keputusan permohonan Mukhriz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment