Write For Us

'Mungkin menteri pengkhianat bohong, tidur dalam kabinet atau sibuk Langkah Sheraton'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng hari ini menyatakan terdapat usaha daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menutup hakikat bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri PH yang berpaling tadah menyertai PN juga ada meminta projek rundingan terus.

Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Lim menyenaraikan projek-projek rundingan terus oleh Kementerian Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Rina Harun) semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment