Write For Us

'Mungkin Nurul Izzah ke sana berhari raya dengan Tun M'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
105 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan sebarang perbincangan berkenaan Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu dilakukan melalui mesyuarat Majlis Presiden.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad di London.
"Sesiapa sahaja boleh berjumpa Dr Mahathir (tapi) perbincangan perlu dilakukan dalam semangat HARAPAN bukan individu. Mungkin Nurul Izzah ke sana untuk berhari raya dengan Dr Mahathir.
"Saya tidak tahu tetapi saya tak rasa begitu (bincang pasal HARAPAN). Jika kita berbincang berkenaan polisi dan hala tuju HARAPAN, ia mesti dibincangkan dalam Majlis Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Dr Mahathir di London.
Pertemuan tersebut dikatakan usaha menyelesaikan krisis struktur kepimpinan HARAPAN yang sehingga kini gagal dimuktamadkan.
Izzah turut dilaporkan enggan mengulas kata sepakat yang diperoleh menerusi pertemuan itu sehinggalah HARAPAN mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment