Write For Us

Mungkin Shafie sejak lahir dah kaya, kata Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal menyangkal penafian yang dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa beliau tidak menerima dana 1MDB daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kata Nazri dengan nada menyindir, mungkin Shafie menolak semua bantuan Umno dari Pusat berhubung tajaan umrah/haji, kebajikan dan duit deposit pilihan raya lalu.
"Mungkin juga Shafie orang kaya, dia pun tak terimalah RM200,000 itu. Saya tak tahu, saya tahu dia kaya. Dia ada rumah di London. Mmemang keluarga kaya, daripada lahir memang kaya, kan. Mungkin betul dia tak terima.
"Mungkin dia tak terima bantuan Umno daripada Pusat, berkenaan dengan haji. Ini semuanya kita dimaklumkan datang daripada 1MDB. Oleh kerana Shafie orang kaya, dia menolaklah semua bantuan 1MDB yang kami Ketua Bahagian terima sebelum pilihan raya.
"Saya sebut bukan masuk akaun peribadi, masuk Pusat Khidmat. Saya sebut waktu menjawab soalan yang mengatakan Datuk Najib cari duit untuk Umno, saya sangka apa yang saya dapat dia dapatlah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ASWARA hari ini.
Nazri sebelum ini mendakwa Shafie dan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah penerima terbesar bagi mana-mana derma yang diterima oleh Najib.
Bagaimanapun, Shafie menafikan beliau pernah menerima dana 1MDB ketika berada dalam Umno.
Kata Shafie, Najib tidak pernah memberi apa-apa dana daripada 1MDB kepadanya.
Beliau juga menuntut bukti daripada Nazri supaya menunjukkan transaksi akaun bank kepadanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment