Write For Us

'Mungkinkah isu abu Chin Peng mengguris hati bekas tentera?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Mohamad Sabu memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen dalam isu abu bekas pengasas Komunis, Chin Peng sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) melengkapkan hasil siasatan terhadap isu abu dibawa pulang September lalu ke negara ini.
Menteri Pertahanan itu berkata, sehingga itu beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mengetahui maklumat penuh berhubung perkara itu.
“Biar KDN siasat, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan sehingga KDN selesai siasatan,” katanya secara ringkas ketika diserbu wartawan untuk mendapatkan reaksinya di lobi Parlimen pagi ini.
Ditanya adakah tindakan kerajaan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang September lalu ke negara ini akan menggores hati komuniti Melayu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau hanya membalas pertanyaan pemberita dengan jawapan:”sehingga KDN keluarkan hasil siasatan.. saya akan komen selepas itu
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment