Write For Us

Mural 3D galak murid belajar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Kreativiti seorang guru lelaki Sekolah Kebangsaan Pida Tiga, Tunjang dalam menghasilkan beberapa lukisan mural pada dinding sekolah menambah minat murid sekolah berkenaan untuk terus belajar.
Hasil lukisan mural itu kemudian tular di laman sosial malah turut menarik minat ibu bapa sekolah berkenaan dengan keunikan lukisan berkonsep 3D itu.
Guru terbabit, Ruslan Abu Bakar, 53, berkata, setiap lukisan yang dihasilkan mengambil masa antara seminggu atau dua minggu untuk siap.
Katanya, dia akan mengambil peluang sekitar satu jam sehari untuk melukis pada dinding selepas waktu persekolahan dan jika waktu cuti sekolah, dia akan menyiapkan lukisan itu hanya dalam tempoh dua atau tiga hari.
Ruslan yang juga guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni di sekolah itu, setakat ini dia sudah berjaya menghasilkan lukisan di lebih 50 buah sekolah termasuk di Pahang, Johor dan Kedah.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment