Sejumlah 0.03 peratus daripada 4.7 juta murid sekolah dikenal pasti pernah mencuba dadah sehingga 31 Julai lalu, namun kumpulan itu tidak dikategorikan sebagai penagih dadah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
"Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa jumlah yang dinyatakan merupakan bilangan murid yang mencuba dadah dan tidak dikategorikan sebagai penagih. Mereka masih mengikuti pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tetapi perlu mengikuti pemantauan dan bimbingan terancang oleh kaunselor sekolah, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Chong Sin Woon
Beliau berkata daripada jumlah itu, 75.68 peratus murid mencuba dadah jenis methamphetamine, kanabis (16.73 peratus), opiat (5.17 peratus), amphetamine (2.23 peratus) dan ketamin (0.19 peratus).
Mengapa kita tidak kata mereka ini penagih sebab seorang penagih, penjual atau yang menyimpan dadah sememangnya sudah dirujuk dengan kes polis di bawah kes jenayah atau dadah, tidak lagi di bawah seliaan Kementerian Pendidikan," katanya pada sessi soal jawab.
Beliau menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) mengenai bilangan terkini penagih dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta jenis dadah yang diambil, selain langkah yang diambil bagi membendung gejala itu.
Chong berkata pelajar yang dikenal pasti berisiko tinggi terlibat dengan dadah akan menjalani ujian air kencing dan sekiranya didapati positif dadah, mereka akan diberi kaunseling selama tiga bulan oleh kaunselor sekolah.
Murid berkenaan sekali lagi akan menjalani ujian air kencing selepas tiga bulan dan sekiranya didapati masih positif dadah, akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan pelbagai program bagi memulihkan murid berkenaan, katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment