Write For Us

MyEG terima amaran tidak patuh ke atas penalti RM9.46 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd supaya mematuhi keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada 28 Disember 2018 bagi syarikat itu membayar denda harian RM7,500.
Penalti itu kini berjumlah RM9.46 juta.
Dalam kenyataan hari ini, MyCC berkata selepas penolakan permohonan Semakan Kehakiman MyEG oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Januari 2019, suruhanjaya itu mengarahkan peguamnya untuk menuntut pematuhan perintah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 58 (iii) dan 58 (iv) keputusan CAT serta bayaran penalti harian.
"Penalti harian sebanyak RM7,500.00 akan terus dikumpul sehingga MyEG patuh ke atas arahan yang dikenakan oleh CAT dalam perenggan 58 Keputusan CAT, dengan jumlah terkumpul penalti kewangan setakat ini sebanyak RM9.46 juta," kata MyCC.
MyCC ialah pihak berkuasa persaingan utama yang bertanggungjawab menjaga proses persaingan di Malaysia, dan ia bersedia untuk mengambil semua tindakan yang dianggap perlu dalam memastikan MyEG akur dengan arahan itu.
Pada 25 Januari, MyEG dilaporkan berkata ia akan merayu terhadap penalti yang dikenakan oleh MyCC kerana menyalahgunakan kedudukan pasarannya dalam peruntukan dan pengurusan pembaharuan permit pekerja asing dalam talian. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment