Write For Us

myPTPTN: MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
Kini segalanya di hujung jari! Pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan rakyat Malaysia dan dunia mendorong tumbuhnya pelbagai aplikasi digital bagi memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu keluar rumah.

Begitu juga dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Selaras dengan aspirasi MyDIGITAL yang dilancarkan kerajaan, PTPTN mengorak inisiatif melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu sistem menjadikan akses pelanggan kepada PTPTN lebih sempurna.

Aplikasi yang dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad ini merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment