Write For Us

Naib Presiden MIC tak layak bertanding untuk 5 tahun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Naib Presiden MIC C Sivarraajh hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun, bermula 13 Disember 2018.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, ia selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Pilihan Raya 30 November lalu - yang membatalkan kemenangan Sivarraajh di kerusi itu pada PRU lalu - serta Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh selepas mendapat berlaku amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan BN.
Sivarraajh mendapat 10,307 undi untuk menewaskan calon DAP M Manogaran (9,710).
Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment