Write For Us

Najib, bebaskan Siti Noor Aishah - Siti Mariah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
184 Views
Published
Anggota Parlimen PKR-Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membebaskan bekas pelajar Siti Noor Aishah Atam yang ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Menurut beliau, pihaknya mengkritik sekeras-kerasnya tindakan zalim Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menangkap semula Sitir Noor Aishah atas tuduhan bersekongkol dengan aktiviti keganasan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Terdahulu, tangkapan dan penahanan itu dikuatkuasakan 27 Mac lalu, selepas beliau hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tindakan itu susulan rayuan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada September tahun lalu kerana memiliki 12 buah buku.
Siti Mariah menegaskan, penahanan yang dibuat ke atas Siti Noor Aishah sekarang dan sebelum ini adalah menafikan haknya sebagai pelajar untuk membaca bahan rujukan sebagai satu kajian.
Siti Noor Aishah, 29, pertama kali ditahan pada Mac tahun lalu, di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma, kerana memiliki 12 buah buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas.
Pada bulan berikutnya, dia didakwa di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan tidak mengaku bersalah memiliki buku-buku berkenaan, selepas kes itu dibicarakan.
Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, berkata beliau menggunakan buku-buku berkenaan untuk penyelidikan ijazah sarjananya.
Selepas dia ditangkap pada Mac tahun lalu, Universiti Malaya memecatnya, kerana gagal menghadiri kelas.
Mengulas lanjut pada sidang media di bangunan parlimen, hari ini, Siti Mariah berkata Siti Noor Aishah ditahan kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan dengan keganasan tetapi sehingga hari ini buku-buku berkenaan tidak pernah diharamkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment