Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerangkan "urus niaga mencurigakan" yang dijalankan dalam dua projek kerajaan bernilai hampir RM10 bilion.
Kedua-dua projek itu ialah Multi-Product Pipeline (MPP) di Melaka bernilai RM5.35 bilion dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM4.06 bilion.
Kerja untuk kedua-duanya bermula pada bulan April tahun lepas.
Lim mendedahkan hari ini bahawa walaupun kerajaan telah membayar hampir 90 peratus daripada jumlah nilai projek, hanya 13 peratus daripada kedua-dua projek itu telah siap.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment