Write For Us

Najib hadir ke mahkamah kes bicara hari ke-5

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari kelima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib Razak tiba di bangunan mahkamah pada 8.45 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana berplat nombor TN 50.
Beliau yang berpakaian sut serba biru gelap itu disambut penyokongnya seperti hari-hari sebelum ini.
Kes Najib akan didengar hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan perbicaraan pagi ini dijangka bermula dengan keterangan oleh dua saksi, antaranya Nimma Safira Khalid.
Beliau ialah pegawai bank dengan Affin Bank Berhad yang menyerahkan dokumen bank berkenaan anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada penganalisis Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Mohammad Nizam Yahya ketika serbuan bank pusat di bank perdagangan itu dibuat di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, pada 6 Julai 2015.
Bagaimanapun, semua mata bertumpu terhadap kemungkinan saksi keempat pendakwaan, Ahmad Farhan Sharifuddin yang pada ketika itu menjawat pegawai siasatan Bank Negara dengan jabatan yang sama (Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan) akan dipanggil kembali ke kandang saksi hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment