Write For Us

Najib hairan ramai percaya 'propaganda' PH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sangsi terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila menyatakan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membina Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Najib dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, beliau hairan mengapa ramai boleh mempercayai propaganda bahawa projek ECRL akan menyebabkan Malaysia tergadai atau terpaksa pajak tanah kepada China seperti Sri Lanka.
Menurut Najib kos ECRL sebenar adalah sebanyak RM55 bilion tetapi PH mendakwa ia kini melonjak kepada RM81 bilion.
Jelasnya lagi, jika PH dengan senang boleh mengambil RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, justeru kos 55 bilion ringgit atau 81 bilion ringgit boleh dibayar sekaligus.
Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, selain mendapat dana lain, rizab wang tunai Petronas juga sudah mencecah 170 bilion ringgit sebelum PRU14.
Terdahulu, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek ECRL yang digantung pada Julai lepas, boleh diteruskan pada skala yang lebih kecil sekiranya China bersetuju.
Mahathir juga mengakui kedua-dua negara masih berbincang mengenai perkara itu dan belum mencapai penyelesaian yang terbaik.
Mahatahir turut menjelaskan Malaysia berada dalam dilema antara membayar ganti rugi besar sebaik sahaja projek itu ditamatkan atau menghadapi kekangan kewangan jika projek itu diteruskan.
Sementara itu menurut Najib, kerajaan PH sanggup kerugian RM40 bilion akibat langkah memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memberi pelepasan selama tiga bulan tanpa cukai pada tahun ini.
Malah jelasnya lagi, PH juga sanggup hilang hasil sekurang-kurangnya RM25 bilion setiap tahun akibat menggantikani GST dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan).
Pada November lalu Petronas mengumumkan akan membayar tambahan 30 bilion ringgit dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019.
Ini bagi membantu kerajaan membayar tunggakan bayaran balik GST dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion.
Selain itu, kata Najib banyak lagi rizab dan dana kerajaan yang berjumlah ratusan bilion tersimpan dalam Khazanah dan Bank Negara.
Najib juga melahirkan rasa kesal apabila ramai rakyat Malaysia terpedaya dengan propaganda PH bahawa Malaysia akan menjadi Sri Lanka kerana projek ECRL.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment